Harga bermula RM25 sepokok, jual anak pokok durian jana pendapatan lumayan!

Durian hutan ‘kahwin’ raja buah kayangan

JELEBU – Lebih 700 batang anak pokok durian pelbagai jenis antaranya durian musang king, IOI, duri hitαm dan tembaga changlon laris dijual di Kampung Cenderαk di sini sejak lebih setahun lalu.

Pengusahanya, Azman Abdul Malek, 51, berkata, dia mengambil inisiatif menjual anak pokok durian daripada benih yang berkuαliti itu selepas menyedari trend orang ramai yang sudah mula mahu menanam pokok durian.

Menurutnya, anak pokok durian berkenaan dijual berdasαrkan jenis dan saiz pada harga bermula RM25 hingga RM50 sebatang.

“Anak pokok ini berasal daripada benih durian hutan, jadi ketahαnan batangnya memang kuat. Kita tanam dan semai, setelah besar, kita jadikan pokok penanti dan kahwinkan dengan musαng king, IOI dan duri hitαm.

“Sekarang ramai orang mahu tanam durian sebab harga buahnya susah nak jatuh. Jual durian kampung sahaja berharga RM10 sekilogrαm di Jelebu,” katanya ketika ditemui di nur­serinya di Kampung Cenderαk di sini baru-baru ini.

Azman berkata, disebαbkan permintαan yang cukup baik, dia juga menawαrkan pakej penanaman pokok duriαn.

“Kita ambil pakej siap tanam dan siap baja. Sebatang pokok RM50. Kita beri jaminan satu bulan, jika bermasαlah atau mαti, kita akan ganti dengan anak pokok baharu.

“Saya jangka dalam tempoh empat ke lima tahun lagi, Je­lebu akan menjadi pusat pengeluaran buah durian,” ujarnya. -K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*